Kempen Ketiga (1553–1555) dan peristiwa selepasnya Perang Safawiyyah-Uthmaniyyah (1532–1555)

Pada tahun 1553, Suleiman memulakan kempen ketiga dan terakhir beliau menentang Shah, yang mana beliau pada mulanya kalah sebelum menawan semula Erzurum. Perolehan wilayah Uthmaniyah dimuktamadkan dalam Perdamaian Amasya pada tahun 1555. Suleiman mengembalikan Tabriz, tetapi mengekalkan Baghdad, hilir Mesopotamia, barat Armenia, barat Georgia, muara Euphrates dan Tigris, dan sebahagian pantai Teluk Parsi. Parsi mengekalkan wilayah selebihnya di barat laut di Kaukasus.

Di sebabkan komitmen tinggi beliau di Parsi, Suleiman hanya mampu menghantar sokongan laut yang terhad kepada Perancis semasa dalam kempen Serbuan Corsica (1553) oleh perikatan Perancis-Uthmaniyah.